Thursday, September 16, 2010

TUGASAN DUA

RANCANGAN MENGAJAR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


BAHAN BANTUAN MENGAJAR 1



BAHAN BANTUAN MENGAJAR 2



BAHAN BANTUAN MENGAJAR 3




BAHAN BACAAN

http://sukosenseipmr.blogspot.com/



PENUTUP

Wednesday, August 18, 2010

Reka Bentuk Pembelajaran Koperatif Menerusi Web Bagi Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Bertulis Dan Kerjasama Berkumpulan

Ahmad Muhaimin Mohamad, Jamalludin Hj. Harun & Baharuddin Aris
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
amuhaimin3@siswa.utm.my, jharun@utm.my, bba@utm.my


Abstrak

Kebanyakan negara termasuk Malaysia menghadapi masalah menghasilkan lebih ramai pekerja berpengetahuan dan berkemahiran bagi menghadapi kemajuan abad 21. Persaingan dunia kerjaya memperlihatkan sebilangan besar graduan menganggur adalah dari aliran sains sosial dengan beberapa kelemahan ketara dikenal pasti sebagai punca permasalahan, antaranya kelemahan berkomunikasi termasuk komunikasi berbentuk penulisan dan kerjasama kumpulan. Bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran dinyatakan, pelbagai pendekatan pembelajaran bersifat aktif dicadangkan. Salah satu kaedah pembelajaran dikenal pasti sesuai ialah pembelajaran koperatif. Dengan perkembangan semasa, suntikan elemen teknologi khususnya teknologi web dijangkakan dapat membantu meningkatkan keberkesanan pembelajaran koperatif. Kertas kerja membincangkan bagaimana elemen pembelajaran koperatif disokong oleh ciri-ciri persekitaran pembelajaran konstruktivisme digunakan dalam merekabentuk pembelajaran koperatif menerusi web. Sehubungan itu, sistem pengurusan pembelajaran berasaskan sumber terbuka (Moodle) dijadikan sistem utama kajian ini. Persampelan bertujuan ke atas 43 orang pelajar satu kursus pengajian dalam jurusan sains sosial dari salah sebuah universiti tempatan dipilih bagi mengikuti eksperimen bersiri masa bertujuan melihat keberkesanan pembelajaran koperatif menerusi web dari aspek peningkatan kemahiran komunikasi bertulis dan kerjasama berkumpulan. Pendekatan kuantitatif dan kualitatif bagi instrumen serta penganalisisan data digunakan untuk menilai keberkesanan sistem pembelajaran yang dibangunkan dari aspek peningkatan kemahiran komunikasi bertulis dan kerjasama berkumpulan. Hasil eksperimen kajian membolehkan satu bentuk pembelajaran koperatif menerusi web diperolehi bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran dinyatakan. Dapatan kajian diharapkan dapat memberi panduan kepada para pendidik untuk mengintegrasikan pembelajaran koperatif menerusi laman web bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama berkumpulan.