Akauntabiliti individu
Pergantungan positif
Interaksi bersemuka
Kemahiran kolaborasi
Kitaran atau proses berkumpulan
Bagi menjamin keberkesanan pembelajaran koperatif menerusi laman web, kajian turut mengambil kira prinsip pembelajaran atas talian Salmon (2002) bagi diintegrasikan bersama. Lima langkah dinyatakan ialah ;
Access & Motivation : Membuat penilaian awal dan memotivasikan pelajar terhadap pembelajaran yang disediakan melalui sistem disediakan.
Online Sosialisation : Membiasakan pelajar dengan persekitaran pembelajaran atas talian seperti membina kepercayaan antara ahli kumpulan.
Information Exchange : Menggalakkan pertukaran maklumat di mana pelajar perlu diberikan tugasan bagi membolehkan mereka mencari dan berkongsi maklumat didapati. Ini secara tidak langsung menggalakkan pelajar aktif dalam pembelajaran.
Knowledge Construction : Aktiviti pada bahagian ini membantu pelajar untuk membina kemahiran tertentu seperti pemikiran aras tinggi dan juga kemahiran berkaitan. Sebagai contoh mengaitkan pembelajaran dengan permasalahan semasa boleh diaplikasikan
Development : Membantu pelajar membangunkan kemahiran kognitif bagi membolehkan mereka membuat penilaian sendiri. Aktiviti seperti menggalakkan perkongsian refleksi dan juga interpretasi maklumat.
Salmon (2002) turut menyatakan panduan kepada perlaksanaan menambah kepada ciri-ciri yang perlu ada dalam aktiviti pembelajaran atas talian bagi memastikan pelajar mendapat faedah darinya. Antaranya ialah :
Pembahagian maklumat kepada lebih kecil yang menggalakkan pelajar berfikir
Aktiviti pembelajaran dibentuk dengan melibatkan semua pihak
Implementasi elemen interaktif seperti ruangan maklum balas
Penilaian akhir atau maklum balas dari pensyarah
Semua pengajaran atau subjek boleh dicapai menerusi talian
Berdasarkan integrasi ciri persekitaran pembelajaran konstruktivisme dengan lima elemen pembelajaran koperatif yang diimplementasikan pada pembangunan laman web menggunakan Model ID R2D2, maka kerangka teori berikut terhasil sebagai reka bentuk pembangunan laman web.